Friday, February 13, 2009

Membuat tempahan

Sebarang tempahan atau pertanyaan bolehlah dibuat melalui salah satu dari cara berikut:

1. Melalui email kepada abechik@gmail.com & norliyana@gmail.com - seboleh2nya, sila hantar email kepada kedua2 alamat email di atas
2. Melalui khidmat SMS ke nombor 013-3335601 @ 013-3550051

(Penggunaan email adalah lebih baik untuk tujuan rekod)

Sila nyatakan maklumat berikut dalam pesanan tempahan anda :

  1. Kod-kod produk yang ingin dibeli
  2. Nama Anda
  3. Alamat lengkap termasuk poskod untuk tujuan penghantaran
  4. No telefon
  5. Email atau yahoo mesenger ID anda untuk memudahkan kami menghubungi anda semula

Semakan stok produk dan pengesahan akan dibuat setelah kami menerima pesanan anda. Kami akan memaklumkan kepada anda jumlah yang patut anda bayar termasuk kos penghantaran. Untuk mengelakkan sebarang kesulitan, anda diminta membuat pembayaran SELEPAS menerima pengesahan dari kami. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang kesulitan masalah stok dsb.

Sebagai panduan asas kepada anda untuk mengetahui kadar umum yang dikenakan untuk pos laju, anda boleh lawati laman web Pos Malaysia.

Selepas anda menerima pengesahan dari kami, tempahan anda akan disimpan untuk tempoh dua (2) hari sahaja. Sekiranya tiada bayaran dalam tempoh tersebut maka tempahan anggap dianggap terbatal dan kami akan membuka semula produk tersebut untuk jualan.

Wednesday, February 11, 2009

Penghantaran (Shipping)


  • Penghantaran adalah melalui perkhidmatan pos laju. Kami hanya akan menguruskan penghantaran selepas bayaran penuh diterima.Sebagai panduan asas kepada anda untuk mengetahui kadar umum yang dikenakan untuk pos laju, anda boleh lawati laman web Pos Malaysia.

  • Poslaju dalam Semenanjung Malaysia akan mengambil masa antara 1 hingga 3 hari bekerja.

  • Poslaju ke Sabah dan Sarawak akan mengambil masa antara 1 hingga 4 hari bekerja (mengikut kawasan).

  • Sekiranya barang yang diterima adalah rosak atau salah, sila kemukakan aduan kepada kami selewat-lewatnya 7 hari daripada tarikh terima. Aduan yang dilakukan selepas jangkamasa ini tidak akan dilayan. Jika barang yg rosak tidak dapat diganti, kami akan memulangkan wang barang yg dibeli sahaja (tidak termasuk kos pos).

Tuesday, February 10, 2009

Bayaran

Buat masa ini, kami hanya menerima bayaran melalui MAYBANK2U sahaja.